twitter
rss

Nota
Kata nama dibahagikan kepada 2 iaitu:
  • Kata Nama Am
  • Kata Nama Khas
Kata Nama Am merujuk kepada benda yang bersifat umum dan ditulis dengan huruf kecil.
Contoh:
(a) tempat : sekolah, dapur, taman permainan
(b) haiwan : kucing, rusa, harimau
(c) benda : telefon, kipas, pensel
(d) manusia : abang, cikgu, doktor

Kata Nama Khas merujuk kepada nama benda atau orang yang bersifat khusus dan ditulis dengan huruf besar.
Contoh:
(a) tempat : SJK (C) Padang Besar (U), Taman Perlis, Menara Kuala Lumpur
(b) haiwan : Si Tompok, Sang Kancil, Sang Harimau
(c) benda : Nokia, Proton Waja, Stabilo
(d) manusia : Encik Lim, Cikgu Masyitah, Doktor Ravi