twitter
rss

Nota

              

 Terdapat 3 Kata Ganti Nama Diri iaitu:
Kata Ganti Nama Diri Pertama
    
Kata Ganti Nama Diri Kedua
Kata Ganti Nama Diri Ketiga


Kata Ganti Nama Diri Pertama digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
Ia terbahagi kepada 2 iaitu berbentuk tunggal dan berbentuk jamak.
(a) Tunggal : aku, beta, saya, hamba, patik,
(b) Jamak : kami, kita

Kata Ganti Nama Diri Kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Ia terbahagi kepada 2 iaitu berbentuk tunggal dan berbentuk jamak.
(a) Tunggal : tuanku, awak, kamu, anda, engkau
(b) Jamak : kalian

Kata Ganti Nama Diri Ketiga merujuk kepada orang ketiga
Ia terbahagi kepada 2 iaitu berbentuk tunggal dan berbentuk jamak.
(a) Tunggal : ia, dia, beliau, baginda
(b) Jamak :  mereka
                                                               
                                          Klik sini untuk mendapatkan nota tambahan...